top of page

Ladang Kuda

18 Oktober 2018

Di Kampung Raga turut terdapat perusahaan ladang kuda iaitu Ultimate Horse Training and Stud Farm (UHTASF) yang dimiliki oleh Dato' Haji Roslan Ghazali. Terdapat 17 ekor kuda terdiri daripada 12 ekor kuda betina dan 7 ekor kuda jantan yang berumur sekitar 4 bulan hingga 13 tahun. Kebanyakkan kuda ini diimport dari luar negara iaitu Austria dan New Zealand. Untuk masuk ke ladang kuda ini tiada bayaran dikenakan  kecuali bagi yang ingin menunggang kuda bayaran sebanyak RM5 dikenakan untuk satu pusingan.

Nama-nama kuda yang terdapat di ladang kuda ini ialah :

●Junior 
- berumur setahun lebih
- merupakan anak kuda tempatan

- baka Anglo Arabian

 

● D Zia-Al mafir
- berumur 4 tahun
- merupakan kuda tempatan

- baka dari "pure breed arabian"

 

●Princess Laura
- berumur 2 tahun
- "Straight egyptian" bermaksud ia tidak mempunyai keturunan lain selain dari nenek moyangnya
- merupakan kuda tempatan

 

●Aisyah

- berumur 4 tahun
- bersaiz kuda kacukan kelantan B
- merupakan kuda padi (througbret)

 

●Nanda Alhumaira
- berumur 8 tahun

- anak kuda tempatan dari NSF (National stud farm)

 

●Bella
- 5 tahun
- kuda tempatan (kuda padi A) lebih besar berbanding padi B & C

 

●Johanna Raffandha
- berumur 9 tahun
- baka dari Perancis
- digunakan untuk sukan polo

 

●As-Syifa Ridha
- berumur 11 tahun
- selalu digunakan oleh Sultan Mizan
- antara kuda terbaik dalam Malaysia
- pernah terpilih untuk menyertai SUKMA 

 

●Putera Al-Syifa

- berumur 2 tahun 5 bulan
- anak kuda tempatan
- baka Cross breed arabian(anglo)

 

●Puteri Zahra
- berumur 6 tahun
- mempunyai 4 ekor anak 
- 3 berada di UHTASF dan anak sulong telah dijual

 

●Sultanate
- kuda Raja Arab Saudi
- dijual di Kuala Lumpur dengan harga setengah juta
- dibeli dari ar’raudah

 

●Boy (anak kepada sultanate)
- berumur 4 bulan
- merupakan kuda yang paling muda

 

●Qaisara

- berumur 8 tahun
- baka dari New Zealand (digunakan untuk perlumbaan)

Selain kuda, terdapat juga haiwan lain di ladang tersebut. Antara haiwan yang ada di ladang tersebut ialah burung unta dan rusa.

Lain-lain :

Sawah Padi
Ladang Kuda
Pantai Murni
Hutan Lipur Titi Hayun
Gunung Jerai
Inap Desa
Ladang Getah
Madu Kelulut
Kilang Kuih
bottom of page