top of page

Madu kelulut

17 oktober 2018

Puan Munirah dan suaminya mula menjalankan perniagaan ini sejak tahun 2016. Pengunjung yang hadir ke Kampung Raga berpeluang merasai rasa madu kelulut ini yang unik iaitu masam manis. Bukan itu sahaja, mereka juga dapat melihat proses mengekstrak madu yang dilakukan oleh Puan Najwa. Beliau memilih untuk menternak kelulut ini kerana ia tidak mempunyai sengat seperti lebah yang lain. Saiz kelulut yang kecil memudahkan ia masuk kedalam bahagian dalam bunga untuk mendapatkan nectar bunga yang berkhasiat. Kelulut ialah sejenis lebah bewarna hitam yang yang tidak mempunyai sengat. Ia tinggal di dalam batang pokok yang telah disambungkan dengan rumah kayu kecil di atasnya. Terdapat satu corong kecil seperti paip pada setiap sarang kelulut. Corong itulah yang menjadi laluan bagi kelulut keluar masuk. Apa yang menariknya, corong itu dihasilkan melalui resin (air liur) kelulut itu sendiri. Madu kelulut kaya dengan khasiat seperti amino asid, glukosa, vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, bioflavanoid dan mineral. Selain itu, rasa madu kelulut dipengaruhi oleh makanan yang dimakannya iaitu memakan polen Bunga Air Mata Pengantin. 

Lain-lain :

Sawah Padi
Ladang Kuda
Pantai Murni
Hutan Lipur Titi Hayun
Gunung Jerai
Inap Desa
Ladang Getah
Madu Kelulut
Kilang Kuih
bottom of page